Detox
Penting untuk penyerapan nutrien/vitamin. Sekiranya organ yang terlibat dalam
penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, ia mungkin bertoksin dan vitamin
tidak boleh diserap dengan sempurna.
Dari
manakah datangnya benda-benda toksin ini? Dalam dunia moden hari ini, lebih 5
bilion lbs bahan kimia dilepaskan ke dalam persekitaran, makanan yang kita
makan, udara yang kita bernafas dan hidup saban tahun. Tambahan pula banyak
makanan mengandungi pewarna, pengawet, sisa racun perosak, nitrat, minyak
terhidrogen dan ejen-ejen lain yang mempunyai karsinogen.
Selain
masalah penyerapan vitamin, pembentukan toksin dalam badan boleh membawa kepada
masalah kesihatan yang serius termasuk:
- · Sakit kepala yang kerap
- · PMS
- · Sakit sendi
- · Keletihan
- · Kulit melepuh
- · Pencernaan bermasalah
- · Halitosis (nafas berbau)
- · Jangkitan yang berulang-ulang
- · Kekurangan daya imun tubuh
Sekiranya
anda ada mengalami perkara di atas, mungkin perlukan DETOX!
Di
Shaklee, kami menawarkan produk detox untuk membantu membersihkan badan anda
daripada bahan kimia toksik, menjaga kesihatan hati, membersihkan kolon,
membina mikroflora usus anda dan banyak lagi. Menarik kan?
Komponen
yang dimaksudkan adalah:
1-
DTX complex (Herb Lax)
2-
Garlic
3-
Alfalfa complex
Detox Hati/Liver Detox
Hati
adalah organ dalaman terbesar di dalam badan dan memainkan peranan penting
dalam mengekalkan metabolisme yang normal dan detoksifikasi badan secara
semulajadi. DTX Complex Shaklee menyediakan sokongan untuk fungsi hati yang
sihat. Produk ini mempunyai campuran proprietari yang terdiri daripada enam
ramuan botani dengan antioksidan dan sifat-sifat yang meningkatkan aliran cecair hempedu, yang bergabung
untuk melindungi dan merangsang keupayaan semula jadi badan bagi mengekalkan
sel-sel hati yang sihat
DTX Complex
Shaklee
Mengandungi
ekstrak semulajadi bahan di bawah:
·
milk thistle seed
·
schizandra chinensis seed (tanaman yang berasal dari China yang
dah digunakan selama lebih 2000 tahun untuk meningkatkan jumlah enzim
detoksifikasi di dalam hati)
·
cendawan Reishi (dikenali kerana sifat antioksidannya)
·
dandelion
·
kunyit
·
artichoke (untuk membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal)
Pembersih
Usus/Colon Detox
Badan yang
sihat mengandungi bertrilion mikroorganisma baik. Majoriti bakteria baik ni
tinggal di dalam usus dan dirujuk sebagai mikroflora. Sekurang-kurangnya
400 jenis mikroorganisma yang dijumpai dalam saluran gastro-usus; dan
berjumlah kira-kira 3 lbs bakteria dalam usus kita sepanjang masa.
Tugas
bakteria baik ini ialah untuk mengawal penguasaan bakteria jahat. Bakteria baik
haruslah berada dalam jumlah optimum untuk mengawal bakteria jahat.
Punca Utama
Ketidakseimbangan Bakteria
- · penggunaan antibiotik.
- · umur
- · pemakanan yang tidak sihat
- · pengambilan serat yang rendah
- · kontraseptif oral
- · ubat-ubatan seperti aspirin dan kortikosteroid
- · tekanan
- · pengambilan gula yang tinggi
Herba
yang digunakan dalam Herb-Lax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang
dijual dipasaran. Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu
dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan
bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ
dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan
ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.
Sebaliknya,
Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini
membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa
transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan
bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan
fungsi usus.
Pencuci
Darah
Seawal 3000 SM,
orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih yang serba boleh. Ia
digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan
sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.
Kajian
saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan
hasil toksik logam berat dalam tubuh kita,
terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam
rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan
pelbagai masalah kesihatan.
Walau
bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama.. Kebanyakan
kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang
putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan
atau menghapuskan kandungan allicin. Allicin adalah komponen utama aktif bawang
putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih.
Garlic Complex Shaklee
Diproses secara
semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan semua allicin. Garlic
Complex Shaklee juga telah dirumus untuk kawalan bau. Bawang putih kan
menyebabkan nafas berbau, tapi tablet Garlic Shaklee tak dipecahkan sehingga ia
sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan
ekstrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan
Pencuci Keseluruhan Tubuh
Itulah dia
the amazing Alfalfa! Ya, alfalfa bukan untuk tambah susu saja ya. Alfalfa
adalah bahasa Arab untuk “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang
mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting
dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan
dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari
tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.
Selain
ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, alfalfa juga mempunyai
banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang,
anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu membantu dalam
penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang
belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan
membantu menurunkan paras kolesterol. Sangat hebat kan! Hanya alfalfa yang
mempunyai kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa
pestisid, hormon sintetik, bahan kimia atau baja bukan organik,menjadikan ia
alfalfa berkualiti tinggi.
Earn Your income!!
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
NURUL FARA BT MOHD SAID
Your Shaklee Independent Distributor 874911
Whatsapp/sms : 019-303 9033
**Shaklee-Pengedar Kuala Selangor, Ijok, Sg. Buloh,Tanjung Karang
**Penghantaran pos ke seluruh Malaysia, order vitamin anda hanya dihujung jari sekarang.
No comments:
Post a Comment
memberi rundingan kesihatan untuk anda